Unit Bimbingan dan Nasihat Agama merupakan salah satu pusat di bawah Bahagian Hal ehwal Islam, ACIS bertanggungjawab menyelaras program bimbingan dan nasihat agama kepada warga UiTM dalam melahirkan insan yang beriman, bertaqwa dan beretika. Pusat ini diketuai oleh seorang ketua pusat dan dibantu oleh tiga orang Pegawai Hal Ehwal Islam.

 

SKOP TUGAS 

  • Menyelaras perkhidmatan bimbingan dan nasihat agama kepada warga UiTM dan komuniti sama ada secara individu atau kelompok
  • Mengurus dan melaksanakan kursus/bengkel dan seminar
  • Mengurus program kerohanian pelajar baharu
  • Mengurus program dan aktiviti pelajar "Non-Resident"
  • Menjadi penceramah, fasilitator program anjuran persatuan pelajar, fakulti dan jabatan 

TUJUAN BIMBINGAN

  • Menghindari daripada terpengaruh dengan fahaman dan ajaran yang bertentangan dari ajaran Islam sebenar.
  • Membentuk sahsiah mahasiswa yang 'integreted' seimbang dalam bidang keilmuan dan kerohanian; dalam melaksanakan keperibadian Islam yang luhur.
  • Memberi panduan membuat keputusan yang tepat dan selari dengan ajaran Islam 
  • Memberi sokongan emosi yang  mantapuntuk menggerakan diri ke arah perubahan tingkah laku yang positif

JENIS BIMBINGAN 

Bimbingan  Individu:    

Bimbingan yang diberikan kepada orang perseorangan yang terdiri daripada warga UiTM dan komuniti setempat. Segala perkongsian maklumat yang dibincangkan adalah RAHSIA dan TERPELIHARA

Bimbingan Kelompok:

Bimbingan kelompok merupakan bimbingan yang diberikan secara berkumpulan atau kelompok kepada warga UiTM dan komuniti setempat

Antara Program-program Yang Dijalankan :

  1. Pengurusan bimbingan dan nasihat agama individu (pelajar, staf dan komuniti)
  2. Pengurusan bimbingan dan nasihat agama kelompok (pelajar, staf dan komuniti)
  3. Pengurusan temuduga zakat
  4. Kuliah Dhuha
  5. Kelas Tahsin al-Quran
  6. Program asnaf zakat
  7. Program Singgah Sahur
  8. Wacana Isu Semasa Siri 1
  9. Minggu Destini Siswa / Halaqah
  10. Wacana Isu Semasa Siri 2
  11. Wacana Isu Semasa Siri 3
  12. Wacana Isu Semasa Siri 4
  13. Back 2 Basic