BICARA SANTAI

Bahagian Hal Ehwal Islam dengan kerjasama Persatuan Rakan Masjid UCS Kampus Puncak Alam telah menganjurkan program Bicara Santai Bersempena sambutan Maulidurrasul 1438H bertempat di Surau Ibnu Sina. Program yang telah berlangsung pada 30 November 2017 ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari kalangan mahasiswa dan mahasiswa dari seluruh UiTM Cawangan Selangor.